Lelaki Parah Tersepit Akibat Kemalangan.
LUNDU: Lelaki parah akibat tersepit selepas lori dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori berhampiran Kem Bina Negara Sempadi, di sini, tengah hari tadi.
Kemalangan pada 1.50 tengah hari itu menyebabkan Bustaman Ibrahim, 29, parah di bahagian tangan dan kaki kanannya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya terpaksa menggunakan mesin pemotong untuk memotong besi pada bahagian depan lori yang remuk untuk mengeluarkan mangsa.
"Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan lanjut.
"Lelaki yang memandu sebuah lagi lori tidak cedera dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Post a Comment