Gadis Diperkosa Rakan Sekerja.
KUCHING: Seorang gadis yang trauma selepas diperk0sa rakan sekerja ketika sedang berehat di bilik asramanya terpaksa memohon untuk berhenti kerja kerana takut kejadian akan berulang.
Bagaimanapun, tindakannya memohon untuk berhenti kerja itu menimbulkan tanda tanya rakan sekerjanya yang lain serta majikannya sehingga dia terpaksa menceritakan peristiwa pahit tersebut.
![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Mangsa berusia 17 tahun itu kemudian dibawa oleh rakan-rakannya membuat laporan polis berhubung kejadian kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian turut memberitahu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
“Kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Jun iaitu jam 1 petang ketika mangsa sedang berehat dan didatangi suspek di asrama pekerja di Jalan Simpang Tiga lalu mer0g0l mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa yang berjaya melepaskan diri semasa kejadian tersebut tidak membuat laporan polis kerana takut, namun terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada majikannya ketika memohon untuk berhenti kerja.
“Bertindak di atas maklumat, suspek berjaya ditangkap anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuching untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Tambahnya, suspek yang berasal dari Kampung Moyan Laut, Asajaya dan sudah berkahwin itu akan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk DNA.
“Selain itu, mangsa juga telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Post a Comment