Dua Maut Kereta Langgar Lori.
KOTA SAMARAHAN: Dua maut manakala seorang parah apabila kenderaan dinaiki melanggar lori di lampu isyarat Jalan Express Way, berhampiran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Myrna Ejul, 23, dan Siti Nurzaineh Zainudin, 25, maut, manakala pemandu kereta Valerie Liynthia Handrew, 23, parah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, lapan anggota bersama satu jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.17 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati kereta melanggar belakang lori di lampu isyarat.
"Bomba menggeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan dengan dua daripadanya sudah meninggal dunia.
"Pemandu kereta yang parah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.
Katanya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pda 5.35 pagi. - HMetro

Post a Comment