Dua Kampung Berperang.

Dua kereta yang dirosakkan dalam kekecohan membabitkan dua buah kampung.

KOTA KINABALU: Akibat perselisihan faham di sekolah, seorang lelaki cedera ditikam manakala adiknya berusia 15 tahun cedera di belakang tubuh selepas diserang 10 lelaki bersenjatakan parang, besi dan kayu di sebuah gelanggang futsal di Jalan Tuaran By Pass, Menggatal, berhampiran Kampung Rampayan, dekat sini, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 7.40 malam, lelaki berusia 25 tahun itu menerima tiga tikaman di perut manakala adiknya mengalami lebam pada belakang tubuh akibat ditumbuk. 

Namun, kedua-dua mereka dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati dua beradik itu bersama tiga rakan ke gelanggang terbabit apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 17 tahun untuk berbincang dan menyelesaikan perselisihan faham di sekolah. 

“Sebaik tiba, dua beradik itu dikerumuni 10 lelaki berasal dari Kampung Darau termasuk pemanggil untuk berbincang. - HMetro

No comments