Dua Cedera, Seorang Parah Dalam Kemalangan.
BEAUFORT: Dua cedera dan seorang mengalami kecederaan parah selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort menghala ke Sipitang Batu 6, kelmarin.
Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian yang melibatkan sebuah Perodua Kancil dan sebuah Proton Iswara berkenaan.
Menurut pihak bomba kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba dilokasi.
Pasukan bomba juga telah memeriksa keadaan sekeliling kenderaan agar tiada bahaya lain dan memberi rawatan awal kepada mangsa sementara menunggu pihak ambulan tiba dilokasi kejadian.
Post a Comment