12 Rumah, 7 Kenderaan Hangus Dalam Kebakaran.

PUTATAN: Sebanyak 12 unit rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan, di sini, tengah hari tadi. 


Turut terbakar, lima kenderaan dan dua motosikal dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan. 

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia, Khatizah Rahaban, berkata operasi memadam bara api masih dilakukan setakat jam 4 petang ini. 

“Bomba menerima panggilan pada jam 12.21 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian. Api dapat dikawal pada jam 1.02 tengah hari. 

“Kebakaran membabitkan 12 unit rumah yang musnah sepenuhnya selain lima kereta dan dua motosikal. “Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. - BH Online

No comments