Pak Najib Janji Nak Kembalikan Hak Sarawak Mengikut Perjanjian Malaysia 1963.
LUNDU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kepada kerajaan Sarawak dan rakyatnya yang kerajaan persekutuan akan mengembalikan hak-hak negeri yang terhakis secara tidak sengaja daripada Perjanjian Malaysia 1963.
Datuk Seri Najib Tun Razak disambut orang ramai sebaik tiba bagi merasmikan Medan Selera Lundu kelmarin. - Bernama
“(Berhubung) hak-hak Sarawak yang telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan semasa pelaksanaan Perjanjian Malaysia, kami bersedia mempertimbangkan untuk mengembalikannya kepada Sarawak,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Lundu di sini.
Beliau berkata perbincangan mengenai perjanjian serta tafsiran perjanjian sedang berlangsung antara kerajaan negeri dan pusat.
“Diharapkan kita dapat mencapai satu persefahaman yang akan mencerminkan hasrat rakyat Sarawak selain memastikan Sarawak rakan kongsi kerajaan persekutuan yang kukuh,” katanya. Najib berkata peringkat kedua perbincangan sedang berlangsung dengan pembentukan lima jawatankuasa kerja di bawah setiausaha persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri Sarawak untuk meneliti lima topik berbeza. - Bernama
Post a Comment