Jenazah Sarjan Kenady Tiba Di Kuching.


20 JUN, KUCHING: Jenazah Sarjan Kenady Bakasut dari Rejimen 502 AW tiba di Lapangan Terbang Kuching semalam, untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Duri Bangat, Betong.

Sebaik sahaja pesawat yang membawa jenazah mendarat kira-kira jam 3.50 petang, sepasukan anggota tentera daripada Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja mengusung keranda jenazah.

Jenazah kemudiannya dimasukkan kedalam van jenazah untuk dibawa ke kampung halaman beliau untuk disemadikan pada 22 Jun 2018.

Panglima 1 Div, Mej Jen Toh Choon Siang turut menyampaikan sumbangan ikhlas mewakili seluruh warga 1 Div dan 11 Bgd kepada Balu mendiang Unyi Isa.


Turut hadir Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin, Pegawai-Pegawai serta anggota tentera dan keluarga mangsa.

Pada 16 jun lepas, Sarjan Kenady ditemukan mati dipercayai tertembak diri sendiri di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kerandang, Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Hasil siasatan daripada pihak forensik juga menjumpai selaras senapang patah buatan sendiri dan sebutir kelongsong peluru jenis Bore 12 dalam senapang tersebut.

Manakala, dompet dan dokumen si mati berada dalam keadaan baik dan kes tersebut tiada sebarang penglibatan unsur jenayah.

No comments